CORET-CORET

SALAM...

Wat semua kengkawan yang sudi singgah. Say thanx u to uorls...sambil singgah dan jengok2 kat wazzup zeem..follow ler terus.

Saya baru jer jadi ahli blog...so banyak lagi yg perlu di 'touch up'. So....hope uorls beri2 la idea ker, pandangan ker, komen ker, pape jer la yang boleh mencantikkan lagi wazz up zeem.

Tolong2 le kabau kan kengkawan yang lain suruh diorg singgah and follow wazzup zeem...

Thanx u...

Aza Aza Fighting!

WASSALAM...!!!

Sudi Terjah Wazzup Zeem....

Singgah Ziarah...

Ahad, Februari 21, 2010

AMALAN 5S

     N3 kali ni berkaitan dengan tajuk di atas 5S. PDRM buat masa sekarang ni sedang melaksanakan amalan 5S. So...setiap hari jumaat je kami semua kat opis bersama2 mengasing2kan barang2 yang tak digunakan lagi.  Dokumen2 disusun teratur lagi kemas. Takde le lagi tempat2 sarang tikus menginap, sarang2 labah2...faham2 je la kalau duduk dah berkurun. Hehehe....
     
     Setiap almari, drawer, loker sume kena labelkan. Malah tempat letak tong sampah, mesin fotostat pun kena dilabelkan. Ianya akan dinilai oleh juruaudit2 yang telah terpilih. Dari penilaian itu baru la dapat diputuskan keberkesanan 5S tu. IPK Selangor telah terpilih untuk tujuan ini selain daripada Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur. Cuma sekarang diperingkat awal lagi.. Jadi n3 ni kira 'part 1' le.

     Sebenarnya negara Jepun dan rakyatnya telah pun mengamalkan sikap ini sejak dari dulu lagi. Sebab itu orang2 Jepun kemas dan bersih. Kita pun ikut amalan diorang la sekarang ni, Sepatutnya dari awal2 lagi tapi takpe...benda yang baik boleh diamalkan bila2 masa je tapi kena kekalkan. Bila amalkan sikap ini kita akan jadi kemas
Nak tahu apa tu 5S? 5S adalah....

Sisih
Susun
Sapu
Seragam
Sentiasa Amal

Itu dalam bahasa kita. Kalau dalam bahasa Jepun camni lak bunyinya...

Seiri
Sieton
Seiso
Seiketsu
Sitsuke


Lihatlah ketekunan diorang kat opis ingin merealisasikan amalan ni...peringkat awal.
Setiap Jabatan diberi %nya.


Yang duduk tu saje wat2 sibuk...


Ni la salah satu 'label' kena letak


Tunggu part '2' la pulak pasni....

Khamis, Februari 18, 2010

LETIHNYA HARI INI....

Salam...n3 saya hari ini adalah KELETIHAN. Dari pagi hingga ke petang tak masuk opis...tugas emCee dan meeting. Sian kat kite ni...kerja langsung tak usik...esok lak boss nak pergi meeting kat BA.

      Walaupun ada tugas hakiki...tetap ada tugas sampingan. Kadang2 tugas sampingan ni jadi seronok tapi kadang2 lak jadi 'menyampah'....coz kerja kat opis tak dapat nak settle. Berkata2 gak..."diorang ni tak bosan ker selalu sangat tengok muka aku ni..??? Cam xde orang lain ker nak 'test' suara (jadi emcee). Nak juga jadi audiens dengar orang lain lak 'test suara'.

       Okey la kengkawan...tu ajer yg nak kongsi. Idea tak nak keluar. Jumpe lagi di n3 next time...cau dulu.


Ahad, Februari 14, 2010

KELAHIRAN - OST AKUKAH TANGGANG TV3



AnNur Menyuluh
Seluruh Alam Semesta
Terangnya Amat Menyilaukan
Pancaindera

Hanya Ibunda
Sentiasa Memuja
Ikhlas Dari Lubuk Hatiku
Puspawarna

Bertahun Dah Berlalu
Tinggalkan Rasa Pilu
Amat Sukar Disembuh Lagi
Menjadikan Sayup

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur Padamu
Bonda……….

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan Darimu
Telah Sekian Lama

HAPPY CHINESE NEW YEAR (GONG XI FA CAI) 2010



- YEAR OF THE TIGER

Chinese New Year starts with the New Moon on the first day of the new year and ends on the full moon 15 days later. The 15th day of the new year is called the Lantern Festival, which is celebrated at night with lantern displays and children carrying lanterns in a parade. The Chinese calendar is based on a combination of lunar and solar movements. The lunar cycle is about 29.5 days. In order to "catch up" with the solar calendar the Chinese insert an extra month once every few years (seven years out of a 19-yearcycle). This is the same as adding an extra day on leap year. This is why, according to the solar calendar, the Chinese New Year falls on a different date each year. New Year's Eve and New Year's Day are celebrated as a family affair, a time of reunion and thanksgiving. The celebration was traditionally highlighted with a religious ceremony given in honor of Heaven and Earth, the gods of the household and the family ancestors. The sacrifice to the ancestors, the most vital of all the rituals, united the living members with those who had passed away. Departed relatives are remembered with great respect because they were responsible for laying the foundations for the fortune and glory of the family.


               

Rabu, Februari 10, 2010

PENGGREDAN PERJAWATAN NKRA

Hadir di IPD PJ untuk penggredan perjawatan IPD dan Balai di projek NKRA bagi Kontinjen Selangor yang dijadikan 'role model' bagi kategori 'A'.
             Cian budak2 perjawatan....jenuh nak sediakan. Demi tugas dan sedia berkhidmat akan dilakukan dengan jayanya. Mujur boss seorang yang bijaksana dan berkaliber. Salute kat tuan Marzukee..... Pegawai2 IPD PJ yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan terutama SUPT Abd Razak (T/KPD) dan ASP Shahabudin.

Kusyuk mendengar penerangan daripada ASP Perjawatan Selangor...


Anggota dan Pegawai Awam yang menyediakan nomenclature...diskusi dulu!!!


Sibuk....tapi senyuman tetap terukir.
Apa Yang Penting KERJASAMA...


Ahad, Februari 07, 2010

CINTA LEWAT USIA


Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an
Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu
Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel
Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an
Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta
Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai
Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

Atau adakah semua wanita materialistik?

Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.


* Hati-hati dengan buah hati
Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.

Sabtu, Februari 06, 2010

TRIP KE BUKIT TINGGI, PADANG, INDONESIA

Salam kengkawan...tahun lepas 19/7 - 22/7 wat trip ke Bukit Tinggi, Indonesia bukan kat Klang tau. Title kat atas dah tercatit kan. Pegi 3H 2M...naik flight Air Asia dari LCCT. Trip kami 20 org...pergi dgn wife T/KPN dan  wife KP Selangor. Syok trip nie....yg tak syok coz perabihkan duit. Bukit Tinggi kawasan perkampungan tapi 'syurga' membeli belah. Macam2 ader...langsir, baju berkerawang, tudung dan macam2 lagi la. Harga mmg jauh berbeza dgn kat negara kita. Bahkan.. org dr Jakarta pun turun gak...tourist jgn cakap la punya la ramai. Time ni ada 3 trip lg dari Malaysia...jumpa time sampai kat airport Padang. Bayangkan sebiji durian baru Rph 1,000 (RM0.50)...mmg murah. Pe lagi melantak la 7, 8 biji...
        Paling hangat le ada kat sana....kisah Manohara (isteri YM Tengku Fakry) siap ada drama dia berlakon dengan Bunga Cinta Lestari & Ashraf Sinclair. Drama paling porpular time tu.

Dalam flight dari LCCT ke Padang...

Nie la geng2 trip...
Bersama Puan Sri Suriati, Datin Imran dan 'mak2 datin' yg lain2...

Nie time perabihkan duit, dlm gambar tunjuk 1 barang jer yg banyak ada dlm bas hehehe....

Pasni tahun 2010 trip ke Guang Zhou, China lak.
Dizinkan trip bulan April. Tunggu........

Advertise

Ingin berkongsi penjanaan kewangan dengan kengkawan. Ada sesiapa yang berminat nak 'biznez' dalam penjualan prepaid (top up) handphone. Lebih 1 juta rakyat Malaysia menggunakan prabayar... ini adalah peluang tambah duit poket.

> Cara paling mudah...SMS aje

> Tanpa mengeluarkan modal yang banyak...RM65.00
seumur hidup

> Tidak susah nak cari downline...ada laman web sendiri dan
boleh promosikan sendiri. Lagi ramai join..untung 'kaw2'.

> 24 jam dan 7 hari seminggu. Hari cuti pun tetap 'biznez'...

Jika ada kengkawan yang berminat sila2lah layari laman web tertera kat bawah nie eks:-
http://prepaid4u.net/?id=zeem7575